Kempen bantuan makanan yang diberi nama ‘Jom Bantu’ bersama hastag #kitasayangkita adalah untuk menolong dan menyalurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.
Kempen ini dikendalikan oleh Bunga Raya Ku’s dan dijayakan bersama-sama rakan-rakan kongsi yang lain iaitu Wellbeing Pharmacy, Pasaraya Borong Bersatu (Kuala Kedah), Pasaraya Borong Bersatu (Jalan Datuk Kumbar), Pasaraya FOC (Jalan Peremba 1) dan Warisan HK Fresh & Frozen (Hutan Kampung).
Kempen ini diadakan sepanjangan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia merupakan sebahagian usaha kecil Bunga Raya Ku’s dan lain-lain untuk memelihara kesejahteraan yang memerlukan dan masyarakat yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.
Justeru, ramai yang kehilangan pekerjaan ketika itu, jadi bantuan makanan seperti ini memang antara yang ditunggu mereka yang memerlukan.
Selain itu, bantuan ini diagihkan secara adil dan berkesan serta hanya diberikan kepada mereka yang memerlukan sahaja.
Semasa proses agihan berlangsung, ramai yang memberi kerjasama dan faham akan arahan yang diberikan. Ia menjadikan suasana lebih tenang dan senang hati dapat menerima bantuan ini.
Beberapa lokasi yang terlibat dalam menjayakan proses agihan makana ini termasuklah Pasaraya Borong Bersatu (Kuala Kedah), Pasaraya Borong Bersatu (Jalan Datuk Kumbar), Pasaraya FOC (Jalan Peremba 1) dan Warisan HK Fresh & Frozen (Hutan Kampung).
Atas sokongan ramai, kempen ini telah berjaya mengedarkan sebanyak 1,000 bungkus nasi dan 3,000 kotak dadih kepada yang memerlukan. Terima Kasih semua.
Leave a reply