Bahan - Bahan

250g
Minyak Sapi
110g
Gula Aising
1/2 Sudu Kecil
Garam
50g
Badam Hancur
125g
Tepung Jagung
300g
Tepung Gandum
Secukupnya
Pewarna Merah, Hijau
Untuk Salut
Gula Kastor

Cara Memasak

1..
Ayakkan tepung gandum bersama tepung jagung. Ketepikan..
2. .
Satukan serbuk badam, gula aising dan garam. Gaul sebati..
3. .
Kemudian masukkan minyak sapi. Gaul lagi hingga sebati dengan menggunakan senduk sahaja.
4. .
Kemudian masukkan tepung-tepung yang telah diayak tadi. Uli sehingga sebati. Jika masih lembik, tambah tepung red rose sikit demi sedikit sampai jadi doh yang boleh dibentuk..
5. .
Bahagikan doh kepada 3 warna. Kemudian bulat-bulatkan sebesar 7@8 gm. Jangan terlalu besar saiznya..
6. .
Susun biskut dalam dulang dan bakar pada suhu 170C @ ikut suhu ketuhar masing-masing. Ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu dan bakar guna apu atas bawah..
7. .
Bakar biskut selama 15-20 minit atau sehingga masak..
8..
Bila biskut sudah suam, boleh gaul dengan gula kastor dan masukkan ke dalam papercup.
9..
Bila biskut sudah betul-betul sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
10..
Satu adunan ini boleh dapat dalam anggaran 100++ biji Biskut Suji Kristal..

Buy the products

Tepung Jagung / Fine Corn Flour 350g (Bunga Raya Ku’s)

RM4.10

Garam Vakum Beriodin / Iodized Vacuum Salt 350g (Bunga Raya Ku’s)

RM1.90

Gula Aising / Icing Sugar 450g (Bunga Raya Ku’s)

RM5.20

Pewarna Air Makanan / Colouring Liquid 25ml (Bunga Raya Ku’s)

RM3.20

Kacang Hazel/Gajus/Walnut/Badam 40g (Bunga Raya Ku’s)

Price range: RM7.00 through RM7.80

Gula Kastor / Caster Sugar 450g (Bunga Raya Ku’s)

RM4.90