Bahan - Bahan

400g
Ayam
150g
Tepung Ayam Goreng Krispiku
Secukupnya
Minyak Masak
150g
Suhun (Tanghoon)
4 Sudu Besar
Sos Cili Thai
1/2 Biji
Lobak Merah
1/2 Biji
Tomato
2 Sudu Besar
Daun Sup
1 Biji
Cili Besar
1–2 Biji
Cili Kecil
1 Sudu Besar
Jus Limau

Cara Memasak

1.
Rendam suhun dalam air panas selama 5–7 minit sehingga lembut. Toskan dan potong sedikit supaya tidak terlalu panjang. Ketepikan.
2.
Salut isi ayam dengan Tepung Ayam Goreng Krispiku sehingga bersalut rata. Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api sederhana sehingga keemasan dan masak sepenuhnya (±6–8 minit). Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
3.
Dalam mangkuk besar, campurkan suhun yang telah dilembutkan, sos cili Thai, lobak merah, tomato, daun sup, cili besar dan kecil. Gaul sehingga semua bahan sebati dan tambah sedikit jus limau jika mahu rasa lebih segar .
4.
Masukkan ayam goreng rangup ke dalam kerabu suhun. Gaul perlahan supaya ayam tidak hancur tetapi masih bersalut dengan sos.
5.
Hidangkan segera untuk menikmati gabungan tekstur suhun lembut dan ayam rangup.

Buy the products

Tang Hoon / Vermicelli 100g (Bunga Raya Ku’s)

RM4.00

Tepung Ayam Goreng Rangup【TANPA SALUTAN TELUR】150g (Bunga Raya Ku’s Krispiku)

Price range: RM4.20 through RM4.40