Bunga Raya Ku’s telah menganjurkan Program Health Talk & Physiotherapy Screening bersama Medyna Physiotherapy, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pekerja.
Program ini memberi peluang kepada kakitangan untuk mendapatkan pendedahan mengenai gaya hidup sihat secara langsung daripada pakar. Pelbagai perkongsian bermanfaat telah disampaikan, termasuk kepentingan menjaga kesihatan otot dan sendi, serta kesedaran tentang postur badan yang betul dalam kehidupan harian dan di tempat kerja.
Selain sesi perkongsian, pekerja juga berpeluang menjalani ujian saringan kesihatan serta mendapatkan konsultasi secara terus daripada pakar fisioterapi. Sambutan yang diberikan amat memberangsangkan, dengan ramai mengambil peluang untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing.
Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan, malah membantu pekerja memahami langkah-langkah praktikal untuk menjaga kesejahteraan diri dalam jangka masa panjang.
Bunga Raya Ku’s merakamkan penghargaan kepada pihak Medyna Physiotherapy serta semua yang telah menjayakan program ini.

