Sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja, Bunga Raya Ku’s telah melakukan penambahbaikan pada office lounge, menjadikannya ruang yang lebih selesa, kemas dan teratur.
Kini, ruang ini bukan sahaja menjadi tempat untuk berehat dan menikmati waktu makan, tetapi juga menyediakan suasana yang lebih tenang untuk staff melepaskan penat selepas bekerja. Selain itu, ruang solat turut ditambah baik agar lebih selesa dan kondusif.
Dengan konsep santai dan menenangkan, lounge ini direka untuk memberi ruang kepada staff untuk rehat, recharge, dan kembali bekerja dengan lebih fokus dan efektif.
Bunga Raya Ku’s sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang positif dan menyokong kesejahteraan setiap warga kerja.
Jadi, jangan segan untuk ambil masa rehat, jaga diri, dan nikmati ruang yang disediakan

